C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
TANDA TANDA KEKASIH BERUBAH HATI
Saturday 9 March 2013 • 12:22 am • 0 comments

Hari ni nak kongsi beberapa ciri-ciri yg dapat anda kenalpasti melalui perlakuan pasangan anda yg sudah tidak menyayangi anda lagi. Kalau terasa mcm ada ciri-ciri di bawah pada pasangan anda, lebih baik berjaga-jaga dan memulakan persediaan mental & fizikal sekiranya anda & pasangan berpisah kelak : 


Time si dia sayang kat anda : Apabila anda menceritakan sesuatu perkara, si diasangat ingin tahu sehingga bermacam-macam soalan akan ditanya. Detail sungguh dia nak tahu. Cerita nak pergi toilet pun dia tanya kenapa nak kena pergi toilet? Hahahaha...ini contoh saja.
Time si dia dah tak sayang : "You niee...I penatlah hari-hari dengar cerita you pasal budak-budak office you. Esok-esok jelah cerita lagi." Lagi satu kena notice, mata si dia tidak lagi memandang wajah anda. Si dia lebih berminat memandang kucing yg sedang melintas jalan, atau mamak yg mengambil order makan di kedai makan.

Time si dia sayang kat anda : Ada saja waktu lapang lepas kerja/kuliah untuk dihabiskan dengan anda. Kadang-kadang anda tertanya-tanya yang dia ni tak lepak dengan kawan-kawan dia lagi ke? 
Time si dia dah tak sayang : "Minggu ni I banyak dateline lah kat office. Kena overtime. Hujung minggu ni I teman emak I pergi kenduri kahwin. Tengoklah next week kalau I free, kita keluar, tapi tak janji tau."

Time si dia sayang kat anda : Try lah mintak tolong apa pun, Gunung Daik pun boleh didaki. Tak kisahlah susah mana pun. Kalau mintak si dia tolong repair kereta anda yg rosak, silap haribulan kereta baru si dia boleh belikan.
Time si dia dah tak sayang : "You ni benda senang macamni pun tak boleh buat. Itu pun nak mintak tolong I."

Time si dia sayang kat anda : Anniversary, Tarikh pertama berkenalan, Tarikh pertama declare, Birthday anda, Birthday emak anda, Birthday pak sedara dua pupu anda pun si dia nak sambut. Nak tunjuk la betapa concern nya si dia pada hidup anda.
Time si dia dah tak sayang : "Takkan birthday you nak sambut tiap2 tahun. Tahun depan kan boleh celebrate jugak." Untunglah kalau panjang umur tahun depan.

Time si dia sayang kat anda : Pantang ada lelaki/perempuan senyum kat anda, mengamuklah si dia satu mall tu. Cemburu tanda sayang katanya..
Time si dia dah tak sayang : Si dia yang senyum-senyum kat lelaki/perempuan lain time dating dgn anda. Yang ni memang patutlah anda nak cemburu.

Time si dia sayang kat anda : Pantanglah kalau si dia terdengar orang mengutuk/mengumpat anda. Confirm si dia akan back up anda tak kira macam mana pun keadaannya.
Time si dia dah tak sayang : Si dia lah yg menjadi ketua geng mengutuk/mengumpat anda. Siap lah semua rahsia dalam dan luar dibukaknya. 

Time si dia sayang kat anda : Si dia tak pernah berkira dgn anda, senang kata tak kisahlah kalau berhabis RM berapa sekalipun, dia sanggup buat loan untuk memuaskan hati anda.
Time si dia dah tak sayang : "Bulan ni gaji I nak hantar duit kat kampung sikit, adik I nak masuk sekolah. You trylah pinjam kat parent you." Padahal si dia merupakan anak bongsu dalam adik beradik.


Rasanya setakat ni sajalah sharing knowledge kita hari ni. :P Hahaha Mana yg rasa ada terkena kat batang hidung tu, ambillah ia sebagai pedoman. Kalau rasa-rasa mcm aku ni salah tulis, 10 jari disusun memohon maaf andai terkasar bahasa. Di kesempatan ini, aku juga ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY NURSYAZANI ILYIA <3 ILY :* hihi


PAST
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • TANDA TANDA KEKASIH BERUBAH HATI
  • Happy Together :D
  • Sad moment D:
  • What the Hell ? -.-'
  • Love comes again
  • Free !!
  • New
  • Salam Friday !!
  • Hello , Assalamualaikum  boboi  and  gegel  . I'm...
  • Memories :D